Friday, August 14, 2015

PENGAKUAN TERBUKA. FOBIA MLM? MLM MENIPU? KINI MINDA SAYA BERUBAH 200%!

PENGAKUAN TERBUKA.
FOBIA MLM? MLM MENIPU? KINI MINDA SAYA BERUBAH 200%!

Bukan senang saya nak meluahkan ini.
Beberapa kali saya menaip dan mendelete kembali...

Begini kisahnya..
Beberapa kali saya 'jatuh' ke dalam MLM sebelum ini. Boleh dikatakan saya jatuh kerana :-
- ikut kawan
- tak buat kajian
- umur masih mentah

1) Pertama, E- Rafa, masih ingat Ukht F yang mengajakku. Di sem 2 pengajian. Modal RM900+ yang dapat dari tunggakan biasiswa JPA lebur macam tu. Asalnya nak buat beli laptop. Ku suarakan hasrat pada mak, tapi mak berat hati. Macam biasa, akhirnya mak akan restui juga apa keputusan anak kesayangannya walaupun berat. Hasilnya.. produk dapat entah ke mana.. tak berbaloi harga, tak sedap.. sistem tak difahami.. takpelah.. ku belajar dari itu..

2) Kedua, HPA. Di masa pengajian akhirku, tajuk  kajian akhirku adalah tentang Perubatan Jawi HPA. Takkanlah kaji tapi tak jadi ahli pula kan. Modal RM30 sahaja. Produknya bagus-bagus. Banyak ubat dan produknya yang kumakan seperti D Det, IMT, D Karm, aiskrim, ayam dll, Tapi entah di mana silap. Kini HPA semakin 'hilang'...

3) Ketiga, selepas graduasi, join Skor A, modalnya juga tidak murah. Ukht I dan A yang beria mengajakku. Kubeli set portal yang berharga ribuan ringgit. Ku berjaya menjual beberapa portal kepada pensyarahku dan anak tempat ku ajar tuisyen. Bolehlah pulang modal. Tapi bisnesnya tidak menyeronokkan. Perlu juga 'head hunting' atau 'cari orang'.

4) Dan terakhir sekali 2014 yang lepas, tanpa paksaan apa-apa, dengan willingnya ku sign up untuk menjadi ahli Shaklee. Itupun setelah merasai sendiri keberkesanan #shakleeeffect nya semasa berpantang anak sulungku 2013 yang lepas. Ku kaji dan kaji peluang perniagaannya, sistemnya, adakah ia selari dengan syariah. Ku tidak mahu lagi jatuh dalam lubang yang sama. Ku cuba beberapa produknya. Modal?? Hanya RM65 sekali seumur hidup! Lengkap kit bisnes untuk memulakan bisnes ini.

Ya ku gembira!
Akhirnya pencarianku berjaya.
Kudapati dari shaklee :-
1. KEUNTUNGAN bulanan yang sudah balik modal berkali- kali bahkan jauh dari itu. Kawan- kawan beli tanpa sempat ku kempen, bahkan sign up jd ahli tanpa perlu diajak. Shaklee is something that everyone looking for. It's easy to do shaklee business.
2. Kawan - kawan TEAM MUSLIMAH yang cantik-cantik semuanya, support each other khususnya teamku, the legendary group #jutawan #beautifulcharming di bawah Presidential Master Cery
3. KESIHATAN seisi keluarga, i feel more radiant, more positive, suamiku sudah jarang demam teruk (tak seperti awal-awal kahwin dulu), anakku juga sentiasa sihat, cergas, jarang demam, lalu makan. Dengan produk berkualiti bahkan banyak menggunakan bahan sunnah seperti Garlic, Senna, Labu dll.

I feel marvellous! How about u? ^_^

#shaklee #lifetimebusiness #jutawanshaklee #healthpassion
#USRAHEMPIRE

Syahadah ummisolehah.com
Proudly a Shaklee Distributor : 1112629
0132505386


Thursday, March 5, 2015

Bagaimana nak tentukan waktu subur?


Apakah itu ovulasi?
Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. 

Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)

Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak. 

Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?

Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi. Oleh itu, pertemuan telur dan sperma mestilah berlaku pada masa ini.

Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam faraj, uterus atau tiub falopio anda.

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Anda mempunyai "ruang subur terbuka" selama kira-kira enam hari. 

Ruang subur ini termasuk lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Oleh itu, jika anda bersama dengan suami semasa dalam waktu subur ini, telur yang baru diovulasi ini akan berpeluang bertemu dengan sperma yang sihat dan disenyawakan.

Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur?

Cara yang paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid anda. Kemudian lihatlah sebarang tanda perubahan hormon dan fizikal diri anda.

Anda akan mula melihat tanda-tanda kesuburan kira-kira lima hari sebelum ovulasi. Ovulasi biasanya bermula di antara 12 hingga 14 hari sebelum anda datang haid. Ini adalah anggaran purata sahaja, oleh itu ia boleh berlaku dalam masa dua hari sebelum atau selepas itu.

Contohnya, katalah kitaran haid anda ialah 28 hari dan tetap. Kira hari pertama anda datang haid sebagai Hari Pertama. Waktu subur anda kemungkinan besarnya ialah di antara hari ke-12 dan ke-17.

Namun ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Jika kitaran haid anda tidak tetap, ovulasi mungkin berlaku seminggu awal atau lewat dari satu bulan ke bulan seterusnya.

Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu. Ini termasuk:

Perubahan pada mukus serviks 
Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.

Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.

Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.

Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

Lihatlah galeri gambar kami untuk mengetahuibagaimana rupa mukus serviks.

Sakit pinggang 
Sebanyak seperlima wanita dapat merasaaktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. 

Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka. 

Rasa seksi dan suka memikat 
Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. 

Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!

Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:
  • Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.
  • Bau seorang wanita: anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula jadi badan anda menceritakan semuanya.
Cubalah kalkulator ovulasi kami untuk memastikan bilakah kemungkinannya waktu subur anda.

Bagaimanakah saya dapat meningkatkan kebarangkalian saya akan hamil?

Cuba lakukan seks setiap dua atau tiga hari. Dengan cara ini, sperma yang kuat akan berada di tempat yang sesuai apabila anda berovulasi.Kerap melakukan seks meningkatkan kebarangkalian anda akan hamil.

Jika 
lakukan seks semasa mukus serviks anda basah dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkaliankonsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik. 

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran. 

Kira-kira 80 peratus wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Lebih daripada 90 peratus pasangan yang berjaya hamil dalam tempoh dua tahun. 


Sumber: Baby Center Malaysia
----------------------

Syahadah
0132505386
ummisolehah.com
Pengedar Shaklee ID 1112629
COD Gombak & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

Tuesday, February 24, 2015

ALFALFA MAKJUN MODEN 1001 KHASIAT



Alhamdulillah. Hari ini kita berkenalan dengan Alfalfa Complex pula. Memang highly recommended untuk semua. Ibarat makjun moden. Syahadah pun memang amalkan dari sejak mula kenal shaklee sampai laaa niieee.. tak putus2 hehe. Memang banyak benefit.

Jom kenal. Tak kenal maka tak cinta kan???

Alfalfa Complex


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Alfalfa..The Father Of All Foods



Apakah kebaikan Alfalfa?
(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera
(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa
(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau
(5) Promotes pituitary gland function
(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)
(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.
(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.


-------
Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

RESEPI BUBUR DAGING UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum semua followers dan visitor ummisolehah.com. Alhamdulillah hari ini ummi nak kongsi satu resepi ringkas iaitu BUBUR DAGING UMMISOLEHAH. RINGKAS lagi SEDAP :)

Ok meh belanja gambar dulu ya


Bahan-bahan
1. Nasi yang sudah ditanak (lebih mudah)
2. Daging segar. Boleh cincang halus2 atau blender siap2. (Please100000x avoid ayam/ daging cincang yang sudah siap jual ya..wpun memudahkan sebab ia banyak lemak tepu..bukan bahagian daging je ada.. semua urat sendi tendon dia masukkan sekali)
3. Sayur seperti carrot, brocolli, batang saderi atau kentang dan sebagainya ikut kreativiti ummi semua ya (tapi pastikan sayur yang sesuai untuk anak2 ya)
3. Daun untuk perasa seperti daun saderi, daun dan batang ketumbar, daun sup, daun bawang dll.
4. Kalau anak dah agak besar boleh tambah bawang merah dan besar yang ditumis.

LANGKAH-LANGKAH SIMPLE
1. Masukkan daging yang telah dicincang dengan sedikit air.. tunggu hingga daging agak masak.
2. Avoid masukkan garam ya. Kalau anak dah besar sikit boleh masukkan sikit sangat ya garam dalam rebusan tadi. Pilih garam bukit ya.
3. Masukkan sayur tunggu empuk sedikit. Beter potong sayur kecil2 ya.
4. Boleh masukkan nasi yang telah ditanak tadi dalam semangkuk dua. Masukkan air lagi.
5. Kacau2 biar terendam semua nasi.
6. Masukkan bawang atau daun2 perasa dan juga bawang yang telah ditumis.
7. Tunggu hingga air mengering sambil kacau2. Jangan sampai hangit yeee.

Ok siap dah.

Pasti bertambah2 anak kita makan :)

So dah lengkap hidangan
1) Karbohidrat - nasi
2) Protein - daging segar
3) Vitamin, minerals - sayur, garam bukit

Alhamdulillah :) Share ya jika bermanfaat khususnya pada ummi2 di luar sana :)

-------
Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

Cawangan Shaklee

Untuk pengetahuan semua, Shaklee ni tiada outlet dan juga duta. Macam kedai kecil2 tu. Dulu Syahadah pun tertanya-tanya juga. Kemudian baru dapat faham bahawa Shaklee boleh didapati direct dari Pengedar Sah Shaklee. Pendek kata PENGEDAR SAH Shaklee ini merupakan pengedar bergerak merangkap duta. Pengedar Sah Shaklee pula boleh dapatkan stok di cawangan2 ini menggunakan ID anda. Bagi yang nak beli walk in pun boleh walaupun tiada ID. Boleh pinjam ID kawan2 pengedar. Kalau tak ada boleh guna ID Syahadah ya 1112629 (Syahadatul Hafizah Abdullah). Senang sahaja proses di sana, branch memang selesa dan cantik, guna kad kredit/debit pun boleh :)


1) Headquarters 
Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday:
10:00 am to 07:00 pm

 2) Kuala Lumpur
No 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm


3) Johor
47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm

4) Perak
32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm

5) Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm

7) Kelantan
319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm

8) Sabah
Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm
-------
Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

Saturday, February 21, 2015

HERBAL BLEND KRIM SERBAGUNA 1001 RAHSIA


Salam semua. Insha Allah minggu ini kita akan berkenalan dengan satu produk yang sangat ISTIMEWA. Sekarang ni kan TREND orang suka adalah MULTIFUNCTION. Macam FESYEN juga. DOUBLE SIDED dwiface tudung, shawl, skirt, jubah dll memang jadi pilihan!

Jadi SEMESTINYA PILIHAN SEISI RUMAH adalah HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM. Krim 1001 kegunaan :)

Nantikan post seterusnya untuk BERKENALAN dengan produk istimewa ini. Tak KENAL maka tak CINTA kan :)

-------------
Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

Friday, February 13, 2015

Perginya seorang Murabbi Ummah


Perginya seorang murabbi ummah kesayangan semalam.. jam 9.40 malam pada 12 Februari 2015 menyentak hati.

Tok Guru mendapat pendidikan awal di India kemudiannya menyambung Sarjana Muda dan Master di Universiti Azhar.

Kemudian pulang ke tanah air dan menjadi guru agama. Berkeputusan masuk ke medan politik untuk menyebarluaskan dakwahnya.

Ya, dakwahnya telah meluas ke serata alam tanpa mengira kaum. Kehadirannya memberi kesan dan meninggalkan bekas yang terdalam. Dengan kewarakan, kezuhudan dan mutiara kata beliau tak memerlukan banyak kata-kata.

Tenanglah dikau di sana bertemu sahabat-sahabat seperjuanganmu. Alam baqa' yang kekal abadi, yang tak pernah mati. Doakan kami bakal menyusulmu dalam husnul khatimah. Kami bersaksi atas kebaikanmu wahai murabbi.

Ya Allah.. sesungguhnya kami merindui beliau. Kami merindui orang alim. Kami merindui para sahabat Baginda. KAMI MERINDUI BAGINDA SAW...

Ya Allah ramaikanlah dan tambahkanlah para pemimpin yang ikhlas lagi alim serta ulama'-ulama' di Malaysia ini agar dapat membawa Malaysia menuju redhaMu.. Jadikan kami dan tumbuhkanlah dari rahim kami anak-anak yang bakal mewarisi perjuangan menegakkan kalimah agungMu.. Aamiin..

Syahadah & Ridhuan
___________

Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

Thursday, February 12, 2015

PENCUCI MAGIK 1001 KEGUNAAN




Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate - 473ml

Pencuci 1001 kegunaan

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di b
aju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
*Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
*Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
*Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
*Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
*Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
*Dinding
*Permukaan dapur, jubin dan lantai
*Peralatan
*Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
*Tingkap dan cermin
*Perkakas
*Benda-benda diperbuat daripada kayu
*Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
*Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
*Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
*Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
*Selamat
*Tidak bertoksik
*Tanpa gas beracun
*Tanpa bahan kimia berbahaya
*Tanpa bahan pewangi
*Lembut pada tangan
*pH seimbang
*Tanpa klorin
*Berkesan

Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam

Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
Biorosot
Tanpa fosfat
Bungkusan yang boleh kitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

sikit saja kegunaannya? eh, ada lagi..jom kita baca lagi.

Apakah kegunaan Basic-H yang istimewa ini:

Sebagai pencuci

Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
Cuci kesan gris dan minyak
Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau, jgn risau

Merendam sayur & buah

Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur/buah, tapi juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut

Kegunaan keluarga

Ubat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser.
Memandikan bayi dan kanak-kanak.
Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
Untuk jerlum/sponging semasa anak demam.
Mandikan anak2 dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk
Sebagai pencuci tangan.
Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema/mempunyai masalah kulit atau alergi dgn bahan kimia.

Berkebun (gardening)

Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan kerja berkebun.

Kegunaan rumah

Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
Membersihkan kesan getah/gula2 getah.

Mencuci cloth diapers dan cloth pad

Rendam CD dan CP dengan Basic-H, pasti mudah menghilangkan kesan kotor

___________________________

tambahan:

KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

Tuesday, February 10, 2015

AYUH TINGKAT KECERDASAN MINDA ANAK


AYUH TINGKAT KECERDASAN MINDA ANAK
Otak adalah organ terpenting dalam operasi tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.
APAKAH KECERDASAN MINDA?
Pada usia lima hingga enam tahun mereka sedang meniti usia pra sekolah. Lazimnya ketika ini, sebahagian besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.
BAGAIMANA MELATIH KECERDASAN MINDA ANAK?
Minda yang cerdas memainkan peranan penting untuk melancarkan proses pembelajaran anak.
Kajian menunjukkan kebolehan seseorang untuk menerokai minda adalah dengan perubahan biologi yang disumbangkan menerusi latihan fizikal. Sebenarnya kecerdasan otak boleh kita latih dan cetuskan menerusi persiapan tubuh, permainan dan pergerakan fizikal tertentu yang terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama dan kedua.
FASA PERTAMA-PERSEDIAAN TUBUH DAN FIZIKAL
1-SENTIASA TERHIDRAT
Anda perlu memastikan si manja mengambil secukupnya dalam sehari. Latih anak untuk minum sekurang-kurangnya segelas air sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini kerana air membekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan memberikan keadaan sesuai untuk sel-sel berhubung antara satu lain. Membekalkan anak dengan air dan melatih mereka meminum air sekurang-kurangnya satu liter sehari pada peringkat usia ini adalah amalan terbaik untuk kecerdasan minda.
2-MAKANAN UNTUK MINDA
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran si manja. Namun, sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda. Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya antioksidan yang mampu mengelakkan kemerosotan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh. Selain itu, sajian yang kaya minyak omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan omega 3 juga adalah opsyen terbaik.
Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda si cilik. Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah-buahan sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.
3-TIDUR YANG CUKUP
Anda perlu memastikan si manja mendapat tidur yang cukup. Kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun masih memerlukan tidur pada waktu siang. Jumlah waktu tidur mereka sehari hendaklah sekitar 10 hingga 12 jam sehari. Hal ini penting untuk membantu si kecil dalam memberikan fokus dan tumpuan ketika belajar.
4-SENAMAN
Memetik kata Dr Gwen Dewar dalam artikelnya dalam laman parentingscience.com, kecergasan fizikal banyak mempengaruhi untuk mengukuhkan fungsi minda yang lebih baik pada kanak-kanak. Hal ini akan bakal membantu mereka menumpukan perhatian pada sesuatu dan mengabaikan gangguan yang ada di sekelilingnya.  Dedahkan si cilik dengan seberapa banyak aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian untuk memastikan dia lebih mudah menumpukan perhatian semasa di dalam kelas.
FASA KEDUA-BINA MINDA MENERUSI PERMAINANNYA
1-MAINAN KAD IMBASAN


Bermain dengan kad imbasan membantu perkembangan kognitif anak. Walau pun permainan sudah dimulakan seawal kelahiran, mainan ini boleh diteruskan untuk membina ingatan dan memorinya dengan mudah.
2-BLOK MAINAN BERWARNA WARNI DAN BERBENTUK JIGSAW
Permainan blok, pelbagai bentuk dan jigsaw menambahkan kebolehan mereka untuk berfikir. Kebanyakan alat permainan berwarna-warni dan bermacam-macam-macam bentuk, saiz dan corak. Bermain dengannya akan menambahkan kemahiran koordinasi mata-otot-mental untuk menyaring maklumat dengan lebih cekap. Anda boleh bermain bersama dengan anak jenis jigsaw puzzle,mencantum blok bersambung serta mengasingkan objek mengikut bentuk dan warna untuk menajamkan minda dan menyerlahkan keupayaannya.
3-GUNAKAN TANGAN YANG BUKAN DOMINAN
Jika si kecil menggunakan tangan atau kaki kanan sebagai anggota dominan, anda boleh mengajarnya menggunakan tangan kiri atau kaki kiri untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menyepak bola.
4-MAIN HARTA KARUN
Anda juga boleh mengajak anak mencari harta karun. Berikan mereka klu dan suruhlah mereka mencari barang tersebut berdasarkan klu yang diberi. Sebagai contoh soalannya boleh berbunyi; Cuba cari benda yang berbentuk bulat di dalam sebuah kotak berwarna hijau di atas meja tulis. Pastikan klu yang diberi jelas dan anda boleh sediakan hadiah untuk permainan ini.
5-BOLA PING PONG DALAM SUDU
Anda juga boleh meningkatkan kecerdasan minda anak dengan bermain permainan membawa bola pingpong dengan anak. Permainan ini akan membantu si manja mengukuhkan kawalan koordinasi badan dan minda.
Aktiviti-aktiviti ini membantu cilik mendapat minda untuk cerdas. Selain itu,  otak mereka juga sedang ‘bersenam’ untuk menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan keyakinan diri dan memperkaya pengalaman mereka. Tidak salah mencuba melatih minda anak kerana dalam masa yang sama ia membantu membina keterampilan positif pada si manja dan menggalakkan pertumbuhan tubuh badan yang sihat sebagai persediaan untuk menerima pelajaran di sekolah.
SUMBER: Pa & Ma
--------------------------------------------------
ANAK-ANAK MEMERLUKAN SUMBER OMEGA DAN VITAMIN SERTA KALSIUM SEPANJANG WAKTU KRITIKAL PERKEMBANGAN MINDANYA IAITU SEMENJAK DARI ALAM RAHIM SEHINGGA BERUMUR 6 TAHUN DAN SEHINGGALAH MENINGKAT REMAJA
BAGI IBU-BAPA YANG INGIN DAPATKAN SUMBER OMEGA DAN VITAMIN SERTA KALSIUM TERBAIK AMAT DISARANKAN MENCUBA PRODUK SHAKLEE YANG KAYA DENGAN 1001 KHASIAT.


------------------------------------------------
SET KESIHATAN DAN IQ KANAK-KANAK, DAPATKAN DARI KAMI HARI INI (BOLEH PILIH SATU SET ATAU A LA CARTE)
Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)