Salam semua. Hai berjumpa lagi :)
'Everyday is a miracle... Happier, Healthier, Wealthier!
Di sini Syahadah ingin kongsikan tentang set berpantang Shaklee. Memang super duperr hoootttttttt. Meh kita baca sama-sama
SET BERSALIN/BERPANTANG SHAKLEE
SET BERSALIN/BERPANTANG SHAKLEE
Set ini Syahadah masukkan dalam senarai hottt list sebab Syahadah sendiri sebagai testimoni. Dan Syahadah sangaaaaat suka/cinta/fanatik sangat dekat set ni hehe. Tentulah bila kita dah dapat feel the difference, membuat kita bertambah yakin untuk kongsi dan cadangkan dekat orang ye idak? :)
Pengalaman dan testimoni sendiri Jun 2013
Selepas 9 bulan lebih mengandungkan my little princess Nur Insyirah Solehah, setelah dipanggil ke wad kerana sudah due hampir 10 hari, akhirnya diriku pun pergilah dengan pasrah. Duk tunggu juga sign di rumah tapi tak ada tanda-tanda lagi. Akhirnya induce terbayang-bayang di depan mata. Sepanjang preggy, harap sangat tak kena induce pil huhu...
Suami, mak abah dan mak mertua hantar ke wad. Mengikut perancangan, pagi esok selepas Subuh akan induce menggunakan pil. Malamnya tidak dapat tidur kerana nervous. Terus sambung lagi baca Surah Maryam, solat hajat dan lain-lain. Malam sebelum tidur, Syahadah ke tandas dan lihat ada mucus plug bercampur darah sikit. Alhamdulillah, inilah sign yang ku tunggu-tunggu! Sepanjang malam kurang selesa tidur kerana perut seperti memulas dan berangin. Bangun pagi awal untuk Solat Subuh, ada air jernih tidak berbau sewaktu di tandas. Ketuban barangkali! Cepat-cepat bagitahu nurse selepas Solat Subuh (sebab takut kena induce huhu). Doc pun ambil sampel. Ye ye je air ketuban. Tak pasti pulak sebab doc tak sempat bagi result.
Pagi dalam jam 7, doc decide untuk induce labour naturally dengan teknik bukaan jari. Sakit la sikit, tapi tahan je. Katanya "Ok prepare ya, Insha Allah tak lama dah ni.."
Syahadah pun bergegas sarapan pagi, milo, roti coklat raisins. Telan kurma banyak-banyak buat bekalan nak berperang! Ya Allah mudahkanlah! Suami dan family pun tak sempat jumpa. Calling2 je minta ampun semua. Sambil makan tu dah rasa contraction jarang huhu.. nevessss...
Siap masuk LR, pasang alat semua, masukkan juga induce drip, pasang Quran guna hp letak kat kepala, dalam kul 12.15 start rasa nak meneran tak tertahan. Masa tu suami dipanggil masuk. Tengok muka suami rasa cam nak peluk je hihi..
Push push tak pandai. Baby asyik masuk keluar huhu. Sedih sangat. Tapi suami dan nurse bagi kata semangat. Kenalah juga cutting epistomy banyak jugak huhu. Masa tu terima je semua x pe, yang penting anak selamat. Lama juga dalam setengah jam dah, nurse ugut.. "Kalau dalam beberapa minit lagi tak berjaya juga nanti doc datang gantung kaki sedut vacuum guna forceps bagai.. awak nak ke mcm tu?" "Kesian anak awak ni tersekat kat hidung dah kekuar masuk keluar masuk!" "Cepat, dah nampak kepala dah, awak nak jumpa dah anak awak ni!!"
Macam-macam lagi kata ugutan yang berkesan hehe. Sampai tak terbilang dah berapa kali push yang penting tiap kali contraction memang push je. Suami di tepi bagi kata-kata semangat dan mengucap dan bertakbir je setiap kali nampak kepala bayi huhu..
12.43 tengahari, satu saat yang indah tu terasa ada benda terluncur laju dan contraction rahim yang bergelodak sakit sangat Allah je tahu pun automatik terhenti! Nurse letak baby atas dada, mata dia bulat terkelip2 memandangku sambil batuk-batuk. Rupanya dia lemas dan susah bernafas sebab lama sangat ambil masa huhu. Maafkan ummi anakku.. Benarlah praktikal itu adalah pengalaman terbaik. Walau sebelumnya sudah baca teori bagai, cara bernafas, cara push, cara tahan nafas.. huhu macam hilang je semua.. hilang dek kesakitan contraction.. hehe
Suami terus azankan bayi.. masa ni sepatutnya first feeding, tapi bayi tengah disedut hidung dan mulut kerana lemas dan batuk .. sekali lagi rasa contraction kecil dan uri/plasenta pun keluar...
Berakhirlah perjuanganku hari itu untuk melahirkan seorang khalifah Allah, mukminah mujahidah Solehah bakal penghuni syurga firdausi.. Akhirnya baby dibawa keluar, abinya pun keluar juga pergi uruskan dengan nurse dan beritahu ahli keluarga. Perjuanganku masih belum berakhir huhu, sesi jahitan pun bermula.. sambil borak-borak mesra dengan nurse, Syahadah diberi kain bersih untuk digigit.. Allahuakbar bertakbir pulak Syahadah beberapa kali dek kesakitan ibarat bersalin kali kedua huhu
Selepas dimandikan simple, bayi dibawa padaku untuk dicium dan kemudian dibawa ke NICU untuk masuk dalam tabung/ incubator oksigen. Sedih rasanya tapi apakan daya. Alhamdulillah dia sihat dan selamat. Tinggallah ku terbaring sekejap. Kemudian nurse bawakan air milo.
Perjuangan di NICU penuh cabaran
Kemudian, lepas admit wad ibu selepas 2 hari, Syahadah berkampung di NICU. Bayi berada dalam tabung oksigen dan perlu dicucuk antibiotik. Waktu itu tidur tidak lena, sakit badan dan terasa tekanan perasaan dan jiwa. Kerana perlu berulang ke NICU untuk breastfeeding dll. Tidak dapat tidur bersama bayi. Walaupun dekat sahaja, tapi perlu berjalan ulang alik dengan luka jahitan yang agak banyak. Memang mencabar fizikal dan mental.. Begitu juga ibu-ibu bersalin yang lain, anak kuning dsb.
Hari ke enam bersalin, dibenarkan pulang bersama bayi. ALHMDULILLAH YA RABBI... suatu nikmat yang sangat indah.. suami pun tak fokus drive asyik nak tengok bayi..hehe... Sebab 6 hari itu, dia tak berapa dapat tengok bayi sebab hanya nurse, doc dan ibu yang authorized person boleh easily access NICU itu.
Balik tu, rasa amat penat dan murung. Makan juga set bersalin HarOne yang dah siap sedia sebelum bersalin. Tapi memang rasa lesu dan lemah, muka bibir pucat... mungkin sebab tak biasa uruskan bayi kecil.. tak cukup tidur dsb..
Satu turning point yang sangat indah
Kemudian, decide dengan suami nak beli set bersalin lain.. Google dan survey question di FB, ramai suggest Shaklee Set Berpantang. Duk fikir jugak apa kebenda tu.. yang ingatnya ada la jugak terbaca sekali dua kat fb, yang ingat ada botol-botol biru..
Selepas tempah trial set, baca kat google tentang khasiatnya.. Rasa sangat teruja nak rasa efeknya. Hari ke 10 penuh keterujaan...selepas je sampai pos di rumah, terus makan. Masa tu beli set trial untuk 40 hari. Harga total dalam 100.00. Ada Vit B Complex, Vitalea (Multivitamin), Chewable Vit C (sebab SR Vit C dah habis) dan ada Zinc. Terus makan dan rasa nak terbang je hihi.. beberapa jam lepas tu pun dah rasa #shakleeeffects dan esoknya dah boleh bangun bertenaga gi dapur.. masak sendiri.. duk atas sofa... tengok tv dan lain-lain hehe.. pendek kata lebih ceria dan sihat bertenaga..muka pun tak pucat dah... Nenek yang datang rumah pun compius tengok cucunya sampai dia tanya "Mung ni bersalin ke dok.." hihi..
Sampai cukup sebulan, gi klinik pun dah boleh jalan lelaju hehe.. senyum ceria je.. kalau bandingkan dengan beberapa orang lagi yang datang checkup sebulan, memang berbeza.. ada yang masih jalan slow-slow, pegang dinding.. muka pucat.. syukur sangat ya Allah..
Set Berpantang Shaklee yang super istimewa
Rupanya ini antara kelebihan detailnya. Sebelum tu mari kita tengok saranan dari pakar kesihatan.
Memang vitamin ini semua penting untuk badan menjalankan fungsi optimumnya. Apatah lagi semasa mengandung dan bersalin, banyak sudah pancaroba dilalui.
Ni salah satu contoh, betapa bersawangnya hehe. Ada kejang otot, ada hipertensi, stress dll. Waktu lepas bersalin pula, blood and energy loss yang banyak, luka dan baaanyaaaaak lagi.
Justeru ini kelebihan set berpantang Shaklee! Pakej lengkap untuk anda ibu berasalin semestinya untuk anda yang telah berjuang melahirkan khalifah dan zuriat. Yang istimewa, ia :-
√ MAMPU MILIK
√ VITAMIN SEMULAJADI DAN ORGANIK LAGI HALAL
√ LENGKAP SEMUA NUTRISI DIPERLUKAN BADAN IBU SELEPAS BERASALIN
√ BOLEH DIAMBIL SEAWAL SELEPAS BERSALIN
√ TIADA RISIKO BAYI KUNING/JAUNDIS
√ BOLEH DIAMBIL WALAUPUN BAYI TERKENA KUNING/JAUNDIS
√ BOLEH DIAMBIL SEDARI MENGANDUNG, SEHINGGA SELEPAS HABIS PANTANG, SEPANJANG MENYUSU
√ TAHAN LAMA BERBULAN-BULAN
√ BOLEH DIAMBIL UNTUK YANG BERSALIN BIASA ATAU BEDAH
Justeru ini kelebihan set berpantang Shaklee! Pakej lengkap untuk anda ibu berasalin semestinya untuk anda yang telah berjuang melahirkan khalifah dan zuriat. Yang istimewa, ia :-
√ MAMPU MILIK
√ VITAMIN SEMULAJADI DAN ORGANIK LAGI HALAL
√ LENGKAP SEMUA NUTRISI DIPERLUKAN BADAN IBU SELEPAS BERASALIN
√ BOLEH DIAMBIL SEAWAL SELEPAS BERSALIN
√ TIADA RISIKO BAYI KUNING/JAUNDIS
√ BOLEH DIAMBIL WALAUPUN BAYI TERKENA KUNING/JAUNDIS
√ BOLEH DIAMBIL SEDARI MENGANDUNG, SEHINGGA SELEPAS HABIS PANTANG, SEPANJANG MENYUSU
√ TAHAN LAMA BERBULAN-BULAN
√ BOLEH DIAMBIL UNTUK YANG BERSALIN BIASA ATAU BEDAH
1. B COMPLEX - B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.
2. VITALEA - Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berp antang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
3. VITAMIN C - Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
4. ZINC COMPLEX - Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.
----ADD ON----
5. ESP - untuk penyusuan, digalakkan mengambil ESP yang merupakan protein soya yang sangat membantu ibu-ibu menyusu di samping mengekalkan kesihatan ibu dan bayi.
6. OSTEMATRIX - penting untuk membekalkan kalsium dan menghindari masalah sembelit pada ibu.
7. ALFALFA - millbooster, boleh diambil selepas 2-3 minggu selepas bersalin dan selepas bayi bebas jaundice.
8. LECITHIN - elak dan rawat bengkak susu
9. GLA - stabilize hormon balik
10. OMEGA - untuk mmbantu perkembangan otak bayi, hilangkan lemak lepas bersalin
Untuk the 1st 4 supplements tu, memang sangat amat digalakkan ambil sebab tu yang set BASIC untuk bersalin dan pantang. Untuk yg ADD ON tu, terserah nak yg mana. Boleh baca dan decide yang mana bergantung pada keperluan dan kemampuan.
Ok sekian sahaja perkongsian kali ini.
Mari dapatkan segera suplemen hebat ini.
Saya mengenalinya selepas 10 hari bersalin, wish I know it earlier during pregnancy. Tidaklah lesu dan letih sahaja sepanjang pregnant..huhu
Bagi anda, ini peluang hebat anda! Mari rebut segera peluang keemasan ini.
More info? Boleh baca blog Dr Zubaidi di link ini.
---------------
Hubungi;
Syahadah Abdullah
Call/SMS/WhatsApp 0132505386
www.mysyahadah.com
Shaklee ID: 1112629












