Friday, February 13, 2015

Perginya seorang Murabbi Ummah


Perginya seorang murabbi ummah kesayangan semalam.. jam 9.40 malam pada 12 Februari 2015 menyentak hati.

Tok Guru mendapat pendidikan awal di India kemudiannya menyambung Sarjana Muda dan Master di Universiti Azhar.

Kemudian pulang ke tanah air dan menjadi guru agama. Berkeputusan masuk ke medan politik untuk menyebarluaskan dakwahnya.

Ya, dakwahnya telah meluas ke serata alam tanpa mengira kaum. Kehadirannya memberi kesan dan meninggalkan bekas yang terdalam. Dengan kewarakan, kezuhudan dan mutiara kata beliau tak memerlukan banyak kata-kata.

Tenanglah dikau di sana bertemu sahabat-sahabat seperjuanganmu. Alam baqa' yang kekal abadi, yang tak pernah mati. Doakan kami bakal menyusulmu dalam husnul khatimah. Kami bersaksi atas kebaikanmu wahai murabbi.

Ya Allah.. sesungguhnya kami merindui beliau. Kami merindui orang alim. Kami merindui para sahabat Baginda. KAMI MERINDUI BAGINDA SAW...

Ya Allah ramaikanlah dan tambahkanlah para pemimpin yang ikhlas lagi alim serta ulama'-ulama' di Malaysia ini agar dapat membawa Malaysia menuju redhaMu.. Jadikan kami dan tumbuhkanlah dari rahim kami anak-anak yang bakal mewarisi perjuangan menegakkan kalimah agungMu.. Aamiin..

Syahadah & Ridhuan
___________

Like kami di :-
FB: USRAH Health Care (facebook.com/usrahhealth)
"Your Health is our Priority"

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.

Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.

* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)

0 comments:

Post a Comment