Saturday, January 31, 2015

BISNES FENOMENA YANG BAKAL MERUBAH HIDUP ANDA SEKELUARGA



Berikut Q & A yang kerapkali diajukan.

Apakah Shaklee?
Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my

Adakah Shaklee halal?
Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM

Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?
Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak)
2. PERCUMA dgn pembelian RM680 produk+*caj pos RM10(Semenanjung)/*RM20(Sabah & Sarawak)
*TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk Vivix
3. PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak)


Adakah keahlian saya boleh tamat tempoh?
Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat sekurang-kurangnya pembelian 1 produk dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah Zinc Complex (120 biji) = RM27. Beli 1 botol Zinc Complex pada tahun 2014, maka keahlian anda aktif untuk tahun tersebut. TIADA bayaran untuk memperbaharui keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh setahun.

Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?
Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga  mencapai RM680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara PERCUMA
Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?
Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.

Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?
Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara

Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?
Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK. Belian  produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
2. Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
3. Belian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
* Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)

Apakah webpage shaklee2u?
Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di www.shaklee2u.com.my.

webpage shaklee2u khusus untuk yang pengedar berdaftar Shaklee

Di shaklee2u juga, anda boleh : 
1. Membuat pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
2. Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
3. Mendaftar ahli baru
4. Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
5. Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
6. Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
7. Menyemak jumlah points terkumpul dari pembelian anda
Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?
Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)

Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?
Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.

Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?
Anda boleh memilih untuk menerima bonus tunai atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak, anda juga boleh memilih untuk menerima cek berpalang. Shaklee akan menghantar cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb.

Adakah ganjaran lain selain tunai?
Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

3. Convention
Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.



Jika saya menyertai keluarga USRAH EMPIRE adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh tertentu?
Tidak. Di USRAH EMPIRE, kami menjalankan online coaching, secara berkumpulan / individu. Perjumpaan offline ada dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan. Kami mempunyai rakan niaga di seluruh Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan online coaching individu dan melalui support group USRAH EMPIRE, SST dan JUTAWAN kami.

Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4-5 angka?
Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.

Perlukah saya mencari downlines?
Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau. 

Masih ada pertanyaan? Hubungi kami 


PM Facebook : USRAH Health Care

Syahadah : 013 2505386
Ridhuan : 013 2229803

Monday, January 26, 2015

Kepentingan Asid Folik Kepada Wanita Hamil


Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Kecacatan spina bifuda biasa berlaku jika janin tidak mendapat asid folik yang mencukupi.


Mengapakah saya perlukan asid folik? 
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.  Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.  Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.  Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.  Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.
Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:bayam, 1 cawan;kacang bendi, setengah cawan;asparagus, setengah cawan;lentil, setengah cawan;hati, 1 keping;11 batang taugeh brussels;kacang mata hitam, 4 sudu makan;emping bran, 7 sudu makan;germa gandum, 25g / 1 aun;betik sederhana besar. Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:brokoli kukus, 2 pucuk;buah oren saiz besar;nasi putih, setengah cawan;oat, setengah cawan;kacang merah, setengah cawan;jagung saiz besar, 1;biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Sumber : babycenter.com.my
--------- 

Anda hamil, mahu hamil, sedang berpantang atau inginkan kecantikan kulit. Segera dapatkan Vitamin B Complex yang kaya dengan asid folik beserta set lengkap dengan saya hari ini.

Syahadatul Hafizah UmmiSolehah
0132505386
ummisolehah.com
COD Gombak & sekitar
SID: 1112629

Monday, January 19, 2015

Resepi Super Simple Super Sedap: Samosa Nutella


Resepi ini sangat mudah dan simple, tapi sedap. Sangat sesuai untuk para ibu mahupun bapa dan dibuat untuk anak-anak di waktu pagi atau minum petang. Para ummi juga boleh buat untuk suami tersayang.

Mudah dan sedap resepi untuk ummi super lagi solehah :) Jom cuba.

Bahan-Bahan:

1. Nutella botol (atau mana-mana coklat filling yang best)
2. Kulit popia / kulit karipap / roti pun boleh
3. Tambahan: Marshmellow

Langkah- langkah :
1. Potong kulit popia /kulit karipap/ roti kepada bentuk segi empat sama
2. Masukkan filling nutella dan marshmellow jika ada (boleh juga filling lain yang sesuai macam blueberry, strawberry dll)
3. Lipat ke bentuk segitiga.
4. Tekan hujung dengan menggunakan garfu.
5. Goreng dengan sekata (jangan sampai hangus)
6. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba ❤
Ummi dan Abi Solehah.

Resepi Super Simple: Roti Goreng Keju


Resepi Super Simple: Penkek Pisang


Resepi Super Simple : Ais Krim Goreng Istimewa


Resepi Super Simple: Sosej Cinta


Resepi Super Simple : Burger Mini


Resepi Super Simple : Roti Strawberry


Resepi Super Simple : Muffin Nutella


Resepi Super Simple : Roti Gulung Keju