Apakah itu ovulasi?
Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda.
Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)
Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak.
Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?
Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi. Oleh itu, pertemuan telur dan sperma mestilah berlaku pada masa ini.Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam faraj, uterus atau tiub falopio anda.
Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Anda mempunyai "ruang subur terbuka" selama kira-kira enam hari.
Ruang subur ini termasuk lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Oleh itu, jika anda bersama dengan suami semasa dalam waktu subur ini, telur yang baru diovulasi ini akan berpeluang bertemu dengan sperma yang sihat dan disenyawakan.
Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur?
Cara yang paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid anda. Kemudian lihatlah sebarang tanda perubahan hormon dan fizikal diri anda.Anda akan mula melihat tanda-tanda kesuburan kira-kira lima hari sebelum ovulasi. Ovulasi biasanya bermula di antara 12 hingga 14 hari sebelum anda datang haid. Ini adalah anggaran purata sahaja, oleh itu ia boleh berlaku dalam masa dua hari sebelum atau selepas itu.
Contohnya, katalah kitaran haid anda ialah 28 hari dan tetap. Kira hari pertama anda datang haid sebagai Hari Pertama. Waktu subur anda kemungkinan besarnya ialah di antara hari ke-12 dan ke-17.
Namun ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Jika kitaran haid anda tidak tetap, ovulasi mungkin berlaku seminggu awal atau lewat dari satu bulan ke bulan seterusnya.
Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu. Ini termasuk:
Perubahan pada mukus serviks
Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.
Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.
Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.
Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.
Lihatlah galeri gambar kami untuk mengetahuibagaimana rupa mukus serviks.
Sakit pinggang
Sebanyak seperlima wanita dapat merasaaktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.
Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.
Rasa seksi dan suka memikat
Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur.
Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:
- Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.
- Bau seorang wanita: anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula jadi badan anda menceritakan semuanya.
Bagaimanakah saya dapat meningkatkan kebarangkalian saya akan hamil?
Jika
Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran.
Kira-kira 80 peratus wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Lebih daripada 90 peratus pasangan yang berjaya hamil dalam tempoh dua tahun.
----------------------
Syahadah
0132505386
ummisolehah.com
Pengedar Shaklee ID 1112629
COD Gombak & sekitar. Pos seluruh Malaysia.
* pengedar dan ejen diperlukan (www.shaklee.com.my)







ReplyDeleteVotre site, Calcul Ovulation, est une ressource précieuse pour les femmes souhaitant planifier une grossesse en toute confiance. Le guide détaillé sur l’ovulation et les phases du cycle menstruel est à la fois informatif et facile à comprendre, permettant de bien saisir la fenêtre fertile et d’optimiser les chances de conception. L’ajout d’outils pratiques comme le suivi de la température calcul ovulation basale, de la glaire cervicale et des tests d’ovulation est une excellente initiative pour celles ayant des cycles irréguliers. Continuez ce travail remarquable en offrant aux femmes des informations claires et scientifiquement fondées pour leur parcours reproductif !