Wednesday, November 26, 2014

Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?



Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?

Jawapan saya:-
Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.
1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai manusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi.
2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begitu juga semakin banyak nikmatNya kepada kita, semakin banyak sujud kita kepadaNya.
3- Intipati Selawat- Memuliakan dan memuji siapa yang Allah swt sendiri kasihi dan puji agar mudah-mudahan diri kita juga diangkat menjadi seseorang yang Allah swt kasihi. Bayangkan satu kali berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw, Allah swt pemilik sekalian alam dan para malaikat berselawat kembali kepada kita 10 kali ganda. Kemulian besar bagi mereka yang berselawat.
4- Intipati Sedekah- Ini membuka 1,000 pintu rezeki, rahmat, berkat dan Insya Allah makbul hajat kerana doa orang yang kita sedekahkan kepada mereka seperti orang miskin adalah makbul doa mereka.
5- Intipati Senyum- Kita expect setiap situasi kehidupan kita sedang berubah menjadi lebih baik lagi dan kita senyum kerana kita syukur dengan setiap apa yang kita ada serta apa yang kita bakal ada.
6- Intipati Suci - Banyakkan bertaubat dan mengamalkan zikir "La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin". Banyak kali diri kita terhijab oleh dosa kita yang lampau samada yang kita tahu atau tidak.
"Bagusnya magnet kekayaan & kejayaan kita bukanlah terletak pada usaha luaran kita sahaja tetapi usaha kita memperbaiki dalaman diri kita serta perhubungan kita denganNya dan ibu bapa kita"

Istiqomah dan berdisiplin dengan setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap , buat dan doa.

Pada saat kita menyoal,"Aku dah buat semua benda tetapi kenapa hidup aku tidak berubah?"..... Itulah saatnya kita telah mendahului Allah swt dengan menghukum atau mempersoalkanNya. Itulah saatnya sangkaan kita 'benar'- Allah swt itu seolah-olah menzalimi kita.
Apa yang kita patut buat?
Banyakkan mohon keampunanNya.
Senaraikan apa yang anda boleh buat untuk lebih dekatiNya
Faham bahawa DIA hanya berikan yang terbaik kepada kita kerana DIA Maha Baik & Maha Hikmah Bijaksana.
Sabar dan solat. Mungkin kita belum cukup konsisten dan expect doa kita makbul masa tu juga. Sabar dan Solat. Allah swt tahu apa yang terbaik dan waktu yang terbaik untuk kita. Tugas kita?

Buat 4 perkara ini secara luar biasa:-
Doa Luar Biasa
Usaha Luar Biasa
Ilmu Luar Biasa

Taqwa Luar Biasa

- shared from Dato' Azizan Othman

----------
Salam keajaiban!
Syahadah, Ridhuan & Little Solehah
www.mysyahadah.com
+60132505386

'Everyday is a miracle... Happier, Healthier, Wealthier!'

Friday, November 21, 2014

Texas Chicken Yang Boleh Tahan :)

Sebelum ke kuliah haraki malam tadi, kami singgah makan dulu. Pulang mengajar Isyak itu, suami ajak makan diluar. Mula-mula ingin makan Subway, tapi baru 3,4 hari lepas suami belikan hehe. Jadi pusing bandar Sri Gombak, ingat nak try KFC. Last2 try Texas Chicken sebab tak pernah lagi try.

Masuk -masuk tu boleh tahan juga. Agak ramai. Yg datang dengan family dan geng kawan. Uniknya, Melayu, Cina India sama ramai hehe.
Teruja juga nak order, sebab display screen dia gerak-gerak macam TV LED, tak macam KFC dan McD yang statik. Just scroll ubah je. McD dah boikot ya huhu. Texas Chicken nak kena search juga lepas ni ke mana dananya. Setakat kaji tak menyumbang ke Zionis.

Teruja nak order sebab menu dia macam kfc+mcD+Domino. Ada set ayam, burger, bubur ayam, sundae, ais krim, kek coklat lava dll. Part best, air dia kena ambil sendiri kat tepi nanti dan boleh refill ISA-ikut suka ati. Tu memang credit. Air pula ada jenis gas (memang kena elak) dan yang biasa macam Grape, Ice Lemon Tea dll.

Bincang punya bincang, masa pun dah suntuk, hubby pun pilih Set 2 ketul ayam (dlm rm12.00 trmasuk pie, fries dan air) dan Syahadah pilih Wrap budget tu (dalam rm6.00 termasuk fries dan air). Not bad, wrap dia buat Syahadah teringat pada Twister, roti wrap KFC yang pernah jadi feveret ku suatu masa dahulu. Waiter dia pun boleh tahan baik dan mesra.



Seat bawah dah penuh, jadi naiklah level atas. Level atas ada tempat main budak2 playground yang boleh tahan besar. Tandas, tempat cuci tangan agak bersih. Not bad for first time visit, no wonder memang ramai.

Bismillah, makan se ekspres mungkin. Solehah kami bagi pie dan isi ayam. Tapi dia nak fries jugak. Anything berasaskan potato memang feveret dia huhu.
Potato mashed dia pun bagiku lebih sedap dari KFC. Gravy potato mashed dia lain sikit dari KFC, bagiku memang lagi best. Cuma, sayur coslow dia kureng best sikit huhu.

Siap tu, kami topup lagi air hehe. Cepat-cepat rushing ke Kuliah Haraki. Sambung date sana. Nasib baik ustaz baru start. :)

Balik rumah telan 5 biji alfalfa dan 3 biji lecithin. Terus ke tandas. Lega hehe <3


----------
Salam keajaiban!
Syahadah, Ridhuan & Little Solehah
www.mysyahadah.com
+60132505386

'Everyday is a miracle... Happier, Healthier, Wealthier!'

Thursday, November 20, 2014

Blog baru semangat baru!

Alhamdulillah hari ini seharian juga menyempati untuk menyiapkan interface baru blog ini. Alhamdulillah akhirnya puas hati juga hehe >_<

Ini screenshots interface blog yang baru tadaaa...


Banyak lagi perlu godek-godek. Maklumlah, sudah lama tidak bergulat dan bergelumang dengan laptop, dan segala kod-kod html.

Insha Allah selepas ini akan ubah hosting kepada .com dan akan terus menulis dan terus menulis dan teruuuus menulis untuk manfaat pada ummah, khususnya dalam bidang kesihatan holistik, sesuai dengan bidang Syahadah.

Baitul Jannah yang mewangi syurga.

Sedikit update Baitul Jannah dan isi rumahnya (kami la tu, kami letak nama rumah kami sebagai Baitul Jannah).

Hari ini 20 Nov 2014, Syahadatul Hafizah Abdullah (a.k.a Syahadah @ Mawar Mujaheedah) dan suami tercayam Encik Mohd Ridhuan Che Husin (a.k.a helangsenja @ MasterOne) (nama zaman dolu2 semua huhu) berumur 28 tahun. Anak kami yang comey lote lagi Solehah cerdik pandai ini pula bernama Nur Insyirah Solehah binti Mohd Ridhuan (panjangnya nama, macam ummi dia lah) pula berumur 1 tahun 5 bulan.

Sekarang ini, anak kami masih seorang ini. Disclaimer, belum ada isi ya hehe. Insha Allah tunggu Little Solehah besar sikit dalam 2 tahun, dan wean off Insha Allah boleh mulakan step seterusnya hihi.

Sekarang ini Solehah masih full breasfeeding. Alhamdulillah berkat sokongan encik abi Ridhuan dan semua keluarga yang memahami.

Abi Ridhuan bekerja di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia sebagai Pegawai Perhubungan YB/Adun Gombak Setia Ustaz Hasbullah Ridzwan. Syahadah pula merupakan WASAHM (Working and Studying at Home Mother).

Alhamdulillah really happy for what we gone through now and looking forward to do much more in life in order to be a good servants and khalifah of Allah!


Ok sampai sini dulu ya.
Jam 3 pagi sudah (Ni gara-gara tertidur petang tadi sambil bf Lil Solehah >_<)

Wassalam.

Salam sayang menyayang,
Syahadah, Ridhuan & Little Solehah
mysyahadah.com



Monday, November 10, 2014

Dapatkan SUPLEMEN TERBAIK anda hari ini!

(1) HEALTHY NUTRITION

(a) Anti Aging (Anti Penuaan)

(b) Essential Nutritions (Nutrisi Penting)










(c) Antioxidants (Anti Oksida)


(d) Bone Health (Kesihatan Tulang)



(e) Heart Health (Kesihatan Jantung)




(f) Digestive Health (Kesihatan Pencernaan)



(g) Immune Support (Sokongan Imun)


(h) Liver Health (Kesihatan Hati)


(i) Women's Health (Kesihatan Wanita)



(j) Children's Nutrition (Nutrisi Kanak-kanak)


(k) Sports Nutrition (Nutrisi Sukan)




(2) HEALTHY WEIGHT



(3) HEALTHY BEAUTY

(a) NutriWhite







(b) Enfuselle








(c) ProSante






(d) Daily Care




(4) HEALTHY HOME

(a) Get Clean








Untuk tempahan manual sila WhatsApp/SMS
(NAMA) (LOKASI) (PRODUK) (KUANTITI) 
ke Hotline: 0132505386

atau

Tempahan Produk Shaklee Secara Online Klik Sini


"Come, get your vitamins TODAY and join #JADE (Jutawan Dunia Akhirat) team to help others"