Thursday, November 6, 2014

ASSALAMUALAIKUM



Assalamualaikum permulaan kalam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Mulai kami memulakan langkah baru ini dalam industri kesihatan dan kesejahteraan.

Berkat restu dari orang tua kami, kami menceburi bidang ini atas kesedaran, kefahaman dan keazaman untuk melihat masa depan yang lebih baik. Bukan sahaja masa depan sendiri, tapi lebih dari itu, masa depan keluarga, ummah dan juga seluruh masyarakat. Kami berhasrat membantu seberapa ramai manusia yang ingin masa depan yang lebih bersinar dan cerah dengan niat dan usaha yang baik.


Bila bercakap tentang masa depan, kebanyakan kita berasa gerun, berasa berdebar dan tidak tentu hala. Namun dengan persediaan, Insha Allah kita akan berasa teruja dan gembira untuk melaluinya hari demi hari bersama-sama dengan orang yang kita sayangi.

Setiap hari bertambah cinta, setiap hari bertambah bahagia, setiap hari bertambah kaya sebelum kita sampai ke syurga.

Insha Allah.

Salam Sayang, 
Ridhuan & Syahadah.

0 comments:

Post a Comment