Friday, November 21, 2014

Texas Chicken Yang Boleh Tahan :)

Sebelum ke kuliah haraki malam tadi, kami singgah makan dulu. Pulang mengajar Isyak itu, suami ajak makan diluar. Mula-mula ingin makan Subway, tapi baru 3,4 hari lepas suami belikan hehe. Jadi pusing bandar Sri Gombak, ingat nak try KFC. Last2 try Texas Chicken sebab tak pernah lagi try.

Masuk -masuk tu boleh tahan juga. Agak ramai. Yg datang dengan family dan geng kawan. Uniknya, Melayu, Cina India sama ramai hehe.
Teruja juga nak order, sebab display screen dia gerak-gerak macam TV LED, tak macam KFC dan McD yang statik. Just scroll ubah je. McD dah boikot ya huhu. Texas Chicken nak kena search juga lepas ni ke mana dananya. Setakat kaji tak menyumbang ke Zionis.

Teruja nak order sebab menu dia macam kfc+mcD+Domino. Ada set ayam, burger, bubur ayam, sundae, ais krim, kek coklat lava dll. Part best, air dia kena ambil sendiri kat tepi nanti dan boleh refill ISA-ikut suka ati. Tu memang credit. Air pula ada jenis gas (memang kena elak) dan yang biasa macam Grape, Ice Lemon Tea dll.

Bincang punya bincang, masa pun dah suntuk, hubby pun pilih Set 2 ketul ayam (dlm rm12.00 trmasuk pie, fries dan air) dan Syahadah pilih Wrap budget tu (dalam rm6.00 termasuk fries dan air). Not bad, wrap dia buat Syahadah teringat pada Twister, roti wrap KFC yang pernah jadi feveret ku suatu masa dahulu. Waiter dia pun boleh tahan baik dan mesra.



Seat bawah dah penuh, jadi naiklah level atas. Level atas ada tempat main budak2 playground yang boleh tahan besar. Tandas, tempat cuci tangan agak bersih. Not bad for first time visit, no wonder memang ramai.

Bismillah, makan se ekspres mungkin. Solehah kami bagi pie dan isi ayam. Tapi dia nak fries jugak. Anything berasaskan potato memang feveret dia huhu.
Potato mashed dia pun bagiku lebih sedap dari KFC. Gravy potato mashed dia lain sikit dari KFC, bagiku memang lagi best. Cuma, sayur coslow dia kureng best sikit huhu.

Siap tu, kami topup lagi air hehe. Cepat-cepat rushing ke Kuliah Haraki. Sambung date sana. Nasib baik ustaz baru start. :)

Balik rumah telan 5 biji alfalfa dan 3 biji lecithin. Terus ke tandas. Lega hehe <3


----------
Salam keajaiban!
Syahadah, Ridhuan & Little Solehah
www.mysyahadah.com
+60132505386

'Everyday is a miracle... Happier, Healthier, Wealthier!'

0 comments:

Post a Comment