IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah
Anak IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah
Biasanya
ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian
persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu
si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak
kurang penting dalam mendampingi anak belajar.
Bimbingan
terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada
perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari
keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang
intensif dengan ayah.
Ada
sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada
kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di
sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih
tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.
Bahkan,
mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian
lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai
kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.
Maka
jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak.
Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing
si kecil menghadapi ujian.
Ayah
bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental
si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang
berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza
berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih
bersemangat untuk belajar.
Mungkin
anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding
sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti
boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas
sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian
positif si anak di sekolah.
Sumber: pama.karangkraf.com
Alhamdulillah, Nur Insyirah Solehah pun memang sangat rapat dengan abinya. Kadang, sokmo nak dukung dengan abinya. Nak tidur, kadang-kadang abi yang dodoi. Dan tidur berbantalkan lengan abi pulak bila habis bf. Solehah..solehah.. melepas umi nak tidur atas lengan abi hehe.
Ummi pun rapat juga dengan Tok Bah Solehah dulu hehe. Maklumlah anak perempuan. Hasilnya dapat No 1 sokmo exam Alhamdulillah hehe :)
-----------
Like kami di :-
FB: USRAH Health Care
"Your Health is our Priority"
~~~~~~~~~~~~
Ingat Sihat Ingat USRAH Health Care ~
Nak Shaklee Hubungi USRAH Health Care~
~~~~~~~~~~~~
Graduating in Islamic Studies & Biohealth Science (Alt. Med.) with Honor.
-----------
Yang ikhlas ;
Syahadah & Ridhuan
0132505386 / 0132229803
ummisolehah.com
COD: GOMBAK & sekitar. Pos seluruh Malaysia.
* pengedar dan ejen diperlukan
www.shaklee.com.my








0 comments:
Post a Comment